Jibril AS memberitahuku bahawa ada satu golongan yang merendah-rendahkan dua orang sahabatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أخبرني جبريل عليه السلام أن أقواما ينتقصون صاحبي ويذكرونهما بالقبيح ما لهم في الإسلام نصيب ولا عند الله من خلاق فقيل يا رسول الله يصومون كما نصوم ويصلون كما نصلي قال نعم والذي بعثني إنهم ليصلون ويصومون ويزكون ويحجون ذلك وبال عليهم فإن أدركتموهم فلا تشاهدوهم ولا تجالسوهم ولا تبايعوهم ولا تصلوا معهم فإن العذاب ينزل في مجالستهم لا يؤمنون أبدا سبق فيهم علم ربي عز وجل قلنا يا رسول الله ما أسماؤها قال الرافضة الذين رفضوا ديني ولم يرضوا بخيرة ربي في أصحابي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS memberitahuku bahawa ada satu golongan yang merendah-rendahkan dua orang sahabatku. Mereka menyebutkan perkara yang buruk tentang kedua-duanya sedangkan mereka yang menyebut itu tiada apa-apa jasa dalam Islam bahkan di sisi Allah, mereka tiada kebaikan di sisi Allah. Lalu ditanya: Wahai Rasulullah, adakah mereka berpuasa seperti mana kita berpuasa dan menunaikan solat seperti kita menunaikan solat? Rasulullah SAW menjawab: Demi Tuhan yang mengutuskan aku, sesungguhnya mereka solat, berpuasa, menunaikan zakat dan pergi menunaikan haji. Itu semua adalah keburukan ke atas mereka. Jika kalian sempat bertemu dengan mereka, jangan kalian menyaksikan mereka. Jangan duduk bersama mereka. Jangan berbaiah dengan mereka dan jangan menunaikan solat bersama mereka. Sesungguhnya azab akan turun di majlis-majlis mereka. Mereka tidak akan beriman sampai bila-bila. Ilmu Allah lebih mendahului tentang mereka. Kami berkata: Wahai Rasulullah apakah nama mereka?. Rasulullah SAW menjawab: Mereka adalah Rafidhah yang menolak agamaku. Mereka tidak redha dengan pilihan Tuhanku pada sahabatku.

STATUS

(Terdapat perawi tidak dikenali pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أَخْبَرَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ أَنَّ أَقْوَامًا يَنْتَقِصُونَ صَاحِبَيَّ وَيَذْكُرُونَهُمَا بِالْقَبِيحِ مَا لَهُمْ فِي الإِسْلامِ نَصِيبٌ وَلا عِنْدَ اللَّهِ مِنْ خَلاقٍ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي قَالَ نَعَمْ وَالَّذِي بَعَثَنِي إِنَّهُمْ لَيُصَلُّونَ وَيَصُومُونَ وَيُزَكُّونَ وَيَحُجُّونَ ذَلِكَ وَبَالٌ عَلَيْهِمْ فَإِنْ أَدْرَكْتُمُوهُمْ فَلا تُشَاهِدُوهُمْ وَلا تُجَالِسُوهُمْ وَلا تُبَايِعُوهُمْ وَلا تُصَلُّوا مَعَهُمْ فَإِنَّ الْعَذَابَ يَنْزِلُ فِي مُجَالَسَتِهِمْ لَا يُؤْمِنُونَ أَبَدًا سَبَقَ فِيهِمْ عِلْمُ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَسْمَاؤُهَا قَالَ الرَّافِضَةُ الَّذِينَ رَفَضُوا دِينِي وَلَمْ يَرْضَوْا بخيرة رَبِّي فِي أَصْحَابِي إِلَخ. مَعَ طوله وَتَسْمِيَة الصّديق وَغير ذَلِك فِيهِ اثْنَان لَا يعرفان.

Jibril AS memberitahuku bahawa ada satu golongan yang merendah-rendahkan dua orang sahabatku. Mereka menyebutkan perkara yang buruk tentang kedua-duanya sedangkan mereka yang menyebut itu tiada apa-apa jasa dalam Islam bahkan di sisi Allah, mereka tiada kebaikan di sisi Allah. Lalu ditanya: Wahai Rasulullah, adakah mereka berpuasa seperti mana kita berpuasa dan menunaikan solat seperti kita menunaikan solat? Rasulullah SAW menjawab: Demi Tuhan yang mengutuskan aku, sesungguhnya mereka solat, berpuasa, menunaikan zakat dan pergi menunaikan haji. Itu semua adalah keburukan ke atas mereka. Jika kalian sempat bertemu dengan mereka, jangan kalian menyaksikan mereka. Jangan duduk bersama mereka. Jangan berbaiah dengan mereka dan jangan menunaikan solat bersama mereka. Sesungguhnya azab akan turun di majlis-majlis mereka. Mereka tidak akan beriman sampai bila-bila. Ilmu Allah lebih mendahului tentang mereka. Kami berkata: Wahai Rasulullah apakah nama mereka?. Rasulullah SAW menjawab: Mereka adalah Rafidhah yang menolak agamaku. Mereka tidak redha dengan pilihan Tuhanku pada sahabatku.
Hadith ini adalah hadith yang panjang dan ada penamaan Abu Bakar al-Siddiq dan lain-lain. Dalam sanadnya terdapat dua orang yang tidak diketahui latar belakangnya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.