Jibril AS membaca basmalah dengan suara lantang

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل عليه السلام، فقرأ: {بسم الله الرحمن الرحيم}، فجهر فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS telah mendatangiku, lalu beliau membaca: {Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang}, beliau menyaringkan bacaannya itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1428, hadis nombor 7254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: أتاني جبريل عليه السلام، فقرأ: {بسم الله الرحمن الرحيم}، فجهر فيها.
[قط، نظام الملك في ((جزء فيه مجلسان من أماليه))، ((الضعيفة)) (2451)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS telah mendatangiku, lalu beliau membaca: {Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang}, beliau menyaringkan bacaannya itu.
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan dan Nizam al-Muluk dalam Juz Fihi Majlisan Min Amalihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2451]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs