Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ عليه السلامُ فقرأ: {بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}، فجهر فيها.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS telah mendatangiku, lalu beliau membaca: {Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang}, beliau menyaringkan bacaannya itu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1428, hadis no. 7254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: أتاني جبريل عليه السلام، فقرأ: {بسم الله الرحمن الرحيم}، فجهر فيها. [قط، نظام الملك في ((جزء فيه مجلسان من أماليه))، ((الضعيفة)) (2451)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS telah mendatangiku, lalu beliau membaca: {Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang}, beliau menyaringkan bacaannya itu. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan dan Nizam al-Muluk dalam Juz Fihi Majlisan Min Amalihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2451]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman