Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: Sesungguhnya Allah telah meredai agama ini untuk diri-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جاءني جبريل عليه السلام، فقال: إن الله ‌ارتضى هذا الدين لنفسه، ولا يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق؛ فأكرموه بهما ما صحبتموه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: "Sesungguhnya Allah telah meredai agama ini untuk diri-Nya. Tidak layak untuknya melainkan sifat murah hati dan akhlak yang baik, maka kalian muliakanlah Dia dengan kedua-duanya selama mana kalian berdamping dengan-Nya".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 573, hadis nombor 2962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «جاءني جبريل عليه السلام، فقال: إن الله ‌ارتضى هذا الدين لنفسه، ولا يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق؛ فأكرموه بهما ما صحبتموه». [أبو نعيم في أخبار أصبهان، الأصبهاني، «الضعيفة» (6883)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: "Sesungguhnya Allah telah meredai agama ini untuk diri-Nya. Tidak layak untuknya melainkan sifat murah hati dan akhlak yang baik, maka kalian muliakanlah Dia dengan kedua-duanya selama mana kalian berdamping dengan-Nya". [Riwayat Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al- Tarhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6883].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.