Jibril AS datang kepadaku dan berkata

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل فقال: إن ربي وربك يقول لك: تدري كيف رفعت لك ذكرك؟ قلت: الله أعلم ، قال لا أذكر إلا ذكرت معي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS datang kepadaku dan berkata: Sesungguhnya Tuhanku dan Tuhanmu bertanya kepada engkau: "Adakah engkau tahu bagaimana sebutan namamu Aku angkat untukmu?" Aku menjawab: "Allah lebih mengetahui." Tuhan menjawab: "Aku tidak akan diingati melainkan engkau turut disebut bersama-Ku."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis nombor 9064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه – مرفوعا: أتاني جبريل، فقال: فإن ربي وربك يقول لك: تدري كيف رفعت لك ذكرك؟ قلت: الله أعلم، قال: لا أذكر، إلا ذكرت معي. [ع، حب، ابن جرير، النجاد في (الرد على من يقول القرآن مخلوق)، ابن النجار في (ذيل التاريخ)، ((الضعيفة)) (1746)]

(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS datang kepadaku dan berkata: Sesungguhnya Tuhanku dan Tuhanmu bertanya kepada engkau: "Adakah engkau tahu bagaimana sebutan namamu Aku angkat untukmu?" Aku menjawab: "Allah lebih mengetahui." Tuhan menjawab: "Aku tidak akan diingati melainkan engkau turut disebut bersama-Ku." [Riwayat Abu Ya’la, Ibn Hibban, Ibn Jarir, Ibn al-Najjad dalam al-Rodd ‘Ala Man Yaqul al-Quran Makhluk dan Ibn al-Najjar dalam Zail al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1746]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs