Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ فقال: إنَّ ربِّي وربَّك يقولُ لَكَ: تدْرِي كيف رفعتُ لكَ ذِكرَكَ؟ قلتُ اللهُ أعلمُ ، قال لا أُذكرُ إلَّا ذُكِرْتَ مَعِي.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS datang kepadaku dan berkata: Sesungguhnya Tuhanku dan Tuhanmu bertanya kepada engkau: "Adakah engkau tahu bagaimana sebutan namamu Aku angkat untukmu?" Aku menjawab: "Allah lebih mengetahui." Tuhan menjawab: "Aku tidak akan diingati melainkan engkau turut disebut bersama-Ku."
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis no. 9064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS datang kepadaku dan berkata: Sesungguhnya Tuhanku dan Tuhanmu bertanya kepada engkau: "Adakah engkau tahu bagaimana sebutan namamu Aku angkat untukmu?" Aku menjawab: "Allah lebih mengetahui." Tuhan menjawab: "Aku tidak akan diingati melainkan engkau turut disebut bersama-Ku." [Riwayat Abu Ya’la, Ibn Hibban, Ibn Jarir, Ibn al-Najjad dalam al-Rodd ‘Ala Man Yaqul al-Quran Makhluk dan Ibn al-Najjar dalam Zail al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1746]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman