Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jibril AS datang bertemu Nabi SAW dalam keadaan menangis

Teks Bahasa Arab

بَلَغَنِي أَنَّ جِبْرِيلَ -عليه السلام- جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ وَهُوَ يَبْكِي فَقَالَ: مَا يُبْكِيكَ؟ قَالَ: مَا جَفَّتْ لِي عَيْنٌ مُنْذُ خَلَقَ اللَّهُ جَهَنَّمَ مَخَافَةَ أَنْ أَعْصِيَهُ؛ فَيُلْقِيَني فِيهَا.

Teks Bahasa Melayu

Jibril AS datang bertemu Nabi SAW dalam keadaan menangis. Lalu Baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu menangis? Jibril menjawab: Mataku tidak pernah kering sejak Allah menciptakan neraka jahanam, kerana aku takut aku melakukan maksiat kepada-Nya lalu Dia mencampakkan aku ke dalamnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu ‘Imran

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2054, hadis no. 10331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي عمران، قال: بَلَغَنِي أَنَّ جِبْرِيلَ -عليه السلام- جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ وَهُوَ يَبْكِي فَقَالَ: مَا يُبْكِيكَ؟ قَالَ: مَا جَفَّتْ لِي عَيْنٌ مُنْذُ خَلَقَ اللَّهُ جَهَنَّمَ مَخَافَةَ أَنْ أَعْصِيَهُ؛ فَيُلْقِيَني فِيهَا. [هب، ((الضعيفة)) (6497)]

(Palsu) Daripada Abu ‘Imran, beliau berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Jibril AS datang bertemu Nabi SAW dalam keadaan menangis. Lalu Baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu menangis? Jibril menjawab: Mataku tidak pernah kering sejak Allah menciptakan neraka jahanam, kerana aku takut aku melakukan maksiat kepada-Nya lalu Dia mencampakkan aku ke dalamnya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6497]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.