TEKS BAHASA ARAB
بلغني أن جبريل عليه سلم، جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو يبكي فقال: ما يبكيك؟ قال: ما جفت لي عين منذ خلق الله جهنم مخافة أن أعصيه؛ فيلقيني فيها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berita telah sampai kepadaku bahawa Jibril AS telah datang kepada Nabi SAW dalam keadaan menangis. Baginda pun bertanya: Apa yang membuatkan kamu menangis? Jibril berkata: Mataku tidak pernah kering (menangis) semenjak Allah menciptakan neraka jahanam, kerana bimbang jika aku akan melakukan maksiat kepada Allah lalu menyebabkan Allah mencampakkan aku ke dalamnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379, hadis nombor 7019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي عمران، قال: بلغني أن جبريل عليه سلم، جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو يبكي فقال: ما يبكيك؟ قال: ما جفت لي عين منذ خلق الله جهنم مخافة أن أعصيه؛ فيلقيني فيها.
[هب، ((الضعيفة)) (6497)]
(Palsu)
Daripada Abi ‘Imran, katanya: Berita telah sampai kepadaku bahawa Jibril AS telah datang kepada Nabi SAW dalam keadaan menangis. Baginda pun bertanya: Apa yang membuatkan kamu menangis? Jibril berkata: Mataku tidak pernah kering (menangis) semenjak Allah menciptakan neraka jahanam, kerana bimbang jika aku akan melakukan maksiat kepada Allah lalu menyebabkan Allah mencampakkan aku ke dalamnya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6497]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.