Jibril AS berkata kepadaku: Aku telah membalikkan bumi dari timur ke barat

TEKS BAHASA ARAB

قال لي جبريل عليه السلام : قلبت الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد رجلا أفضل من محمد، وقلبت الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد بني أب أفضل من بني هاشم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS berkata kepadaku: Aku telah membalikkan bumi dari timur ke barat, lalu aku tidak mendapati seorang lelaki pun yang lebih mulia berbanding Muhammad. Dan aku juga membalikkan bumi dari timur ke barat, namun aku tidak mendapati keturunan yang lebih baik daripada Bani Hāshim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1846-1847, hadis nombor 9315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((قال لي جبريل -عليه السلام-: قلبت الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد رجلا أفضل من محمد، وقلبت الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد بني أب أفضل من بني هاشم)). [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، أبو نعيم في ((حديث الكديمي))، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (٤٠٤٦)]

(Palsu) Daripada ‘Ā`ishah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril AS berkata kepadaku: Aku telah membalikkan bumi dari timur ke barat, lalu aku tidak mendapati seorang lelaki pun yang lebih mulia berbanding Muhammad. Dan aku juga membalikkan bumi dari timur ke barat, namun aku tidak mendapati keturunan yang lebih baik daripada Bani Hāshim. [Riwayat al-Dūlābī dalam kitab al-Dzurriyyah al-Ṭāhirah, Abū Nu‘aym dalam Hadīth al-Kadīmī, al-Bayhaqī dalam Dalā`il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4046]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs