Jenazah menjawab salam orang yang memberi salam kepada mereka

TEKS BAHASA ARAB

أشهد أن هؤلاء شهداء عند الله يوم القيامة، فأتوهم وزوروهم، والذي نفسي بيده! لا يسلم عليهم أحد إلى يوم القيامة إلا ردوا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersaksi bahawa kesemua mereka adalah syahid di sisi Allah pada hari kiamat. Datangilah mereka dan ziarahilah mereka. Demi jiwaku berada di tangan-Nya! Tidaklah seseorang memberi salam ke atas mereka hingga hari kiamat melainkan mereka akan menjawab kembali salamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1749, hadis nombor 8817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين انصرف من أحد مر على مصعب بن عمير وهو مقتول – على طريقه -، فوقف عليه رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودعا له، ثم قرأ هذه الآية: من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلاً"، ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أشهد أن هؤلاء شهداء عند الله يوم القيامة، فأتوهم وزوروهم، والذي نفسي بيده! لا يسلم عليهم أحد إلى يوم القيامة إلا ردوا عليه)). [ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (5221)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA: Ketika Rasulullah SAW pulang dari Uhud, baginda melalui jenazah Mus’ab bin ‘Umar dan dia telah dibunuh –di atas jalanNya- maka Rasulullah SAW berhenti di situ dan berdoa untuknya. Kemudian Baginda membaca ayat ini: {Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.} [al-Ahzab: 23] Lalu Rasulullah SAW berkata: ((Aku bersaksi bahawa kesemua mereka adalah syahid di sisi Allah pada hari kiamat. Datangilah mereka dan ziarahilah mereka. Demi jiwaku berada di tangan-Nya! Tidaklah seseorang memberi salam ke atas mereka hingga hari kiamat melainkan mereka akan menjawab kembali salamnya.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5221].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs