Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشهد أنَّ هؤلاءِ شهداءُ عندَ اللهِ يومَ القيامةِ، فأْتوهمْ وزوروهُم، والذي نفسي بيدهِ! لا يُسلِّمُ عليهِم أحدٌ إلى يومِ القيامةِ إلا ردّوا عليهِ .
Teks Bahasa Melayu
Aku bersaksi bahawa kesemua mereka adalah syahid di sisi Allah pada hari kiamat. Datangilah mereka dan ziarahilah mereka. Demi jiwaku berada di tangan-Nya! Tidaklah seseorang memberi salam ke atas mereka hingga hari kiamat melainkan mereka akan menjawab kembali salamnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1749, hadis no. 8817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA: Ketika Rasulullah SAW pulang dari Uhud, baginda melalui jenazah Mus’ab bin ‘Umar dan dia telah dibunuh –di atas jalanNya- maka Rasulullah SAW berhenti di situ dan berdoa untuknya. Kemudian Baginda membaca ayat ini: {Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.} [al-Ahzab: 23] Lalu Rasulullah SAW berkata: ((Aku bersaksi bahawa kesemua mereka adalah syahid di sisi Allah pada hari kiamat. Datangilah mereka dan ziarahilah mereka. Demi jiwaku berada di tangan-Nya! Tidaklah seseorang memberi salam ke atas mereka hingga hari kiamat melainkan mereka akan menjawab kembali salamnya.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5221].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman