Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَضِفْ بِطَعَامِكَ مَنْ تُحِبُّ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Jemputlah kepada hidangan makanan kamu mereka yang kamu cintai kerana Allah Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- al-Ḍaḥḥāk
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 143, hadis no. 719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن الضحاك، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أَضِفْ بِطَعَامِكَ مَنْ تُحِبُّ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ)). [ابن أبي الدنيا في ((الإخوان))، ابن المبارك في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (7015)]
(Terlalu Daif) Daripada al-Ḍaḥḥāk, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Jemputlah kepada hidangan makanan kamu mereka yang kamu cintai kerana Allah Azza wa Jalla. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ikhwān, Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7015]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman