Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jawapan kalian tidaklah buruk kerana kalian bersikap jujur

Teks Bahasa Arab

مَا أَسَأْتُمُ الرَّدَّ إِذْ أَفْصَحْتُمْ بِالصِّدْقِ، إِنَّهُ لَا يَقُومُ بِدِينِ اللَّهِ إِلَّا مَنْ حَاطَهُ مِنْ جَمِيعِ جَوَانِبِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Jawapan kalian tidaklah buruk kerana kalian bersikap jujur. Tetapi agama Allah tidak tertegak melainkan dengan dipenuhi segala aspeknya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis no. 5555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: حدثني علي بن أبي طالب رضي الله عنه، قال: لَمَّا أَمَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ نَبِيَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَعْرِضَ نَفْسَهُ عَلَى قَبَائِلِ الْعَرَبِ خَرَجَ وَأَنَا مَعَهُ وَأَبُو بَكْرٍ إِلَى مِنىً حَتَّى دَفَعْنَا إِلَى مَجْلِسٍ مِنْ مَجَالِسِ الْعَرَبِ فَتَقَدَّمَ أَبُو بَكْرٍ فَسَلَّمَ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ مُقَدَّمًا فِي كُلِّ حِينٍ وكَانَ رَجُلًا نَسَّابَةً فَقَالَ: مِمَّنِ الْقَوْمُ؟...الحديث بطوله في عدة صفحات وفيه أنهم لقوا قومًا من بني شيبان وأن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دعاهم إلى الإسلام وإلى نصرته وأنهم استحسنوا دعوته واعتذروا عن المبادرة إلى الاستجابة، لسبب ذكروه...، فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَسَأْتُمُ الرَّدَّ إِذْ أَفْصَحْتُمْ بِالصِّدْقِ إِنَّهُ لَا يَقُومُ بِدِينِ اللَّهِ إِلَّا مَنْ حَاطَهُ مِنْ جَمِيعِ جَوَانِبِهِ. [أبو نعيم في دلائل النبوة، الضعيفة (6457)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata bahawa ‘Ali RA menceritakan kepadanya: Apabila Allah SWT memerintahkan Nabi-Nya SAW untuk mengedepankan diri Baginda kepada kabilah-kabilah Arab, Baginda telah keluar bersamaku dan Abu Bakar menuju ke Mina, kemudian kami terserempak sebuah majlis keramaian orang Arab. Abu Bakar segera ke situ dan memberi salam beliau seringkali terkehadapan, dan seorang yang pakar dalam nasab orang Arab. Beliau bertanya: Daripada keturunan manakah kaum ini? Sehinggalah penghujung kisah yang sangat panjang. Dalam hadis ini diceritakan bahawa mereka menemui sekelompok orang daripada keturunan Syaiban. Nabi SAW mengajak mereka untuk memeluk dan membela Islam. Mereka memuji ajakan Baginda tersebut, namun mereka mengemukakan alasan untuk tidak segera menyahut dakwah Baginda. Lalu Nabi SAW bersabda: Jawapan kalian tidaklah buruk kerana kalian bersikap jujur. Tetapi agama Allah tidak tertegak melainkan dengan dipenuhi segala aspeknya. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6457].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.