Jauhkanlah tukang-tukang kalian daripada masjid kalian

TEKS BAHASA ARAB

جنبوا صناعكم عن مساجدكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhkanlah tukang-tukang kalian daripada masjid kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis nombor 1233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: صليت العصر مع عثمان بن عفان أمير المؤمنين، فرأى خياطاً في ناحية المسجد؛ فأمر بإخراجه، فقيل له: يا أمير المؤمنين! إنه يكنس المسجد، ويغلق الأبواب، ويرشه أحياناً، قال عثمان: إني سمعت رسول اللہ ﷺ یقول: «جنبوا صناعكم عن مساجدكم». [عد، فر، «الضعيفة» (6098)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Aku menunaikan solat asar bersama amirulmukminin Uthman bin ‘Affan. Kemudian beliau melihat seorang tukang jahit berada di penjuru masjid. Lalu beliau mengarahkan supaya dia dikeluarkan daripada masjid. Dikatakan kepadanya: "Wahai amirulmukminin, sesungguhnya dia yang menyapu masjid, menutup pintu-pintu dan kadangkala memercikkan air padanya (agar tidak berdebu)". Maka Uthman membalas: "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Jauhkanlah tukang-tukang kalian daripada masjid kalian". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6098].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs