Jauhkanlah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kalian

TEKS BAHASA ARAB

جنبوا مساجدكم صبيانكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhkanlah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المقاصد «جنبوا مساجدكم صبيانكم» بعض حديث طويل سنده ضعيف ولكن له شاهد بأسانيد لا تخلو عن ضعف.

Di dalam kitab al-Maqasid menyebut:
“Jauhkanlah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kalian.”
Ia diambil daripada sebahagian hadith yang panjang. Ia adalah hadith yang lemah. Akan tetapi ia mempunyai syawahid yang mana sanad-sanadnya tidak terselamat daripada kelemahan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs