Jauhkanlah hukuman hudud dari kaum Muslimin selagi mana kamu mampu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم، فإن وجدتم ‌لمسلم ‌مخرجا، فخلوا سبيله، فإن الإمام أن يخطئ في العفوخير من أن يخطئ بالعقوبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhkanlah hukuman hudud dari kaum Muslimin selagi mana kamu mampu, jika kamu mendapati ada jalan keluar bagi seorang Muslim, maka tunjukkanlah jalan padanya, seorang pemimpin itu jika tersalah pada perkara yang baik lebih baik dari tersalah pada perkara yang melibatkan hukuman.

STATUS

Sanad lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 782, hadis nombor 4014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن عائشة مرفوعا: ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم، فإن وجدتم ‌لمسلم ‌مخرجا، فخلوا سبيله، فإن الإمام أن يخطئ في العفوخير من أن يخطئ بالعقوبة. [ت، قط، ك، خط، ((الضعيفة)) (2197)]

(Sanadnya lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’: “Jauhkanlah hukuman hudud dari kaum Muslimin selagi mana kamu mampu, jika kamu mendapati ada jalan keluar bagi seorang Muslim, maka tunjukkanlah jalan padanya, seorang pemimpin itu jika tersalah pada perkara yang baik lebih baik dari tersalah pada perkara yang melibatkan hukuman.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2197]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.