Sanad lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ادْرَؤُوا الحُدُودَ عن المسلمين ما استَطَعْتم، فإن وَجَدْتم لمسلمٍ مَخْرَجًا، فخَلُّوا سبيلَه، فإن الإمامَ أن يُخْطِئَ في العَفْوِ خيرٌ من أن يُخْطِئَ بالعقوبةِ
Teks Bahasa Melayu
Jauhkanlah hukuman hudud dari kaum Muslimin selagi mana kamu mampu, jika kamu mendapati ada jalan keluar bagi seorang Muslim, maka tunjukkanlah jalan padanya, seorang pemimpin itu jika tersalah pada perkara yang baik lebih baik dari tersalah pada perkara yang melibatkan hukuman.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sanad lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 782, hadis no. 4014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد) عن عائشة مرفوعا: ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم، فإن وجدتم لمسلم مخرجا، فخلوا سبيله، فإن الإمام أن يخطئ في العفوخير من أن يخطئ بالعقوبة. [ت، قط، ك، خط، ((الضعيفة)) (2197)]
(Sanadnya lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’: “Jauhkanlah hukuman hudud dari kaum Muslimin selagi mana kamu mampu, jika kamu mendapati ada jalan keluar bagi seorang Muslim, maka tunjukkanlah jalan padanya, seorang pemimpin itu jika tersalah pada perkara yang baik lebih baik dari tersalah pada perkara yang melibatkan hukuman.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2197]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman