Jauhkan tukang-tukang kalian daripada masjid-masjid kalian

TEKS BAHASA ARAB

جنبوا صناعكم عن مساجدكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhkan tukang-tukang kalian daripada masjid-masjid kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336-337, hadis nombor 1765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: صليت العصر مع عثمان بن عفان أمير المؤمنين، فرأى خياطًا في ناحية المسجد؛ فأمر بإخراجه، فقيل له: يا أمير المؤمنين! إنه يكنس المسجد، ويغلق الأبواب، ويرشه أحيانًا، قال عثمان: إني سمعت رسول ﷺ يقول: ((جَنِّبوا صُنَّاعَكم عن مساجِدِكُم)). [عد، الديلمي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (6098)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Aku solat asar bersama amirulmukminin Uthman bin ‘Affan, lalu beliau melihat seorang tukang jahit di sudut masjid. Maka beliau memerintahkan agar dia dikeluarkan. Lalu dikatakan kepadanya, “Wahai amirulmukminin! Sesungguhnya dia yang menyapu masjid, menutup pintu-pintu, dan kadang-kadang merenjiskan air.” Uthman berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Jauhkan tukang-tukang kalian daripada masjid-masjid kalian.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, dan al-Daylami dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6098].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.