Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جَنِّبوا صُنَّاعَكم عن مساجِدِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Jauhkan tukang-tukang kalian daripada masjid-masjid kalian.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336-337, hadis no. 1765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: صليت العصر مع عثمان بن عفان أمير المؤمنين، فرأى خياطًا في ناحية المسجد؛ فأمر بإخراجه، فقيل له: يا أمير المؤمنين! إنه يكنس المسجد، ويغلق الأبواب، ويرشه أحيانًا، قال عثمان: إني سمعت رسول ﷺ يقول: ((جَنِّبوا صُنَّاعَكم عن مساجِدِكُم)). [عد، الديلمي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (6098)].
(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Aku solat asar bersama amirulmukminin Uthman bin ‘Affan, lalu beliau melihat seorang tukang jahit di sudut masjid. Maka beliau memerintahkan agar dia dikeluarkan. Lalu dikatakan kepadanya, “Wahai amirulmukminin! Sesungguhnya dia yang menyapu masjid, menutup pintu-pintu, dan kadang-kadang merenjiskan air.” Uthman berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Jauhkan tukang-tukang kalian daripada masjid-masjid kalian.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, dan al-Daylami dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6098].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman