Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إياكَ ونارَ المؤمنِ لا تحرقُكَ، وإن عَثَرَ كلَّ يومٍ سبعَ مراتٍ، فإنَّ يمينَهُ بيدِ اللهِ، إذا شاءَ أن يُنعشَهُ، أَنعشهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhkan diri daripada api (menyakiti) orang beriman agar ia tidak membakar kamu sekalipun dia terjatuh sehari sebanyak 7 kali. Tangan kanannya berada dalam genggaman Allah. Jika Allah mahu bangunkannya, Dia akan membangunkannya.
Sahabat Perawi
- al-Ghaffar Bin Rabi’ah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1955, hadis no. 9789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الغار بن ربيعة قال: قال ﷺ: إياك ونار المؤمن لا تحرقك، وإن عثر كل يوم سبع مرات؛ فإن يمينه بيد الله، إذا شاء أن ينعشه، أنعشه. [الحكيم، ((الضعيفة)) (7137)]
(Sangat Lemah) Daripada al-Ghaffar Bin Rabi’ah, beliau berkata Nabi SAW bersabda: Jauhkan diri daripada api (menyakiti) orang beriman agar ia tidak membakar kamu sekalipun dia terjatuh sehari sebanyak 7 kali. Tangan kanannya berada dalam genggaman Allah. Jika Allah mahu bangunkannya, Dia akan membangunkannya. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7137]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman