Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jauhkan aku daripada orang berkulit hitam

Teks Bahasa Arab

حديث: دعوني من السودان، إِنَّمَا الأَسْوَدُ لِبَطْنِهِ وَفَرْجِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jauhkan aku daripada orang berkulit hitam, sesungguhnya hitam itu adalah kerana perutnya dan kemaluannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Ummu Aiman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 414-415, hadis no. 172. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا، وفي إسناده: يحيى بن أبي سليمان المدني وهو منكر الحديث. وقال في اللآلىء: روى له أبو داود، والترمذي، والنسائي، وقال أبو حاتم: يكتب حديثه، وليس بالقوي. وذكره ابن حبان في الثقات والحديث: أخرجه الطبراني من طريقه. وقد رواه العقيلي عن أم أيمن مرفوعا. وفي إسناده: خالد بن محمد بن خالد بن الزبير. قال أبو حاتم: هو مجهول. وقال في اللسان: ذكره ابن حبان في الثقات.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Yahya bin Sulaiman al-Madani, seorang yang munkar al-hadith. Dia berkata dalam al-Laali’: Dia diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan al-Nasaie. Abu Hatim berkata: Hadithnya ditulis, dan dia bukan perawi yang kuat. Dia disebutkan juga oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat dan hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada jalannya. Diriwayatkan juga oleh al-Uqaili daripada Ummu Aiman secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Khalid bin Muhammad bin Khalid bin al-Zubair. Abu Hatim berkata: Dia majhul (tidak dikenali). Dia berkata dalam al-Lisan: Dia disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.