Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah zina kerana padanya itu ada empat keburukan

Teks Bahasa Arab

إِيَّاكُمْ وَالزِّنَا فَإِنَّ فِيهِ أَرْبَعُ خِصَالٍ : يُذهَبُ بِالْبَهَاءِ مِنَ الْوَجْهِ ،وَ يَقْطَعُ الرِّزْقَ ، و يُسْخِطُ الرَّحْمَنَ ، وَ الْخُلُودُ فِي النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah zina kerana padanya itu ada empat keburukan: Menghilangkan seri pada wajah, memutuskan rezeki, mengundang kemurkaan al-Rahman, dan kekal di dalam api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis no. 3900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها- مرفوعاً: ((إياكم والزنا، فإن فيه أربع خصال: يذهب بالبهاء من الوجه، ويقطع الرزق، ويسخط الرحمن، والخلود في النار)). [طس، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (143)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: ((Jauhilah kamu dari zina, sesungguhnya padanya ada empat keburukan: Menghilangkan seri pada wajah, memutuskan rezeki, mengundang kemurkaan al-Rahman, dan kekal di dalam api neraka)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 143]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.