Jauhilah zina kerana pada zina itu ada enam keburukan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إياكم والزنا فإنه فيه ست خصال: ثلاثا في الدنيا وثلاثا في الآخرة، فأما اللواتي في الدنيا فإنه يذهب بالبهاء، ويورث الفقر، وينقص الرزق، وأما اللواتي في الآخرة: فإنه يورث سخط الرب، وسوء الحساب والخلود في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah zina kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan-keburukan di dunia adalah, hilangnya seri, mewariskan kefakiran dan mengurangkan rezeki. Keburukan-keburukan di akhirat pula adalah ia mewariskan kemurkaan Tuhan, hisab yang sukar, dan kekal di dalam api neraka

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis nombor 3901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

-(موضوع) عن حذيفة -رضي الله عنه – مرفوعاً: ((إياكم والزنا؛ فإنّ فيه ست خصال، ثلاثاً في الدنيا، وثلاثاً في الآخرة، فأما اللواتي في الدنيا، فإنه يذهب بالبهاء، ويورث الفقر، وينقص الرزق، وأما اللواتي في الآخرة، فإنه يورث سخط الرب، وسوء الحساب، والخلود في النار))، [عد، حل ((الضعيفة)) (141)].

(Palsu) Daripada Huzaifah RA secara marfu’: ((Jauhilah zina kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan-keburukan di dunia adalah, hilangnya seri, mewariskan kefakiran dan mengurangkan rezeki. Keburukan-keburukan di akhirat pula adalah ia mewariskan kemurkaan Tuhan, hisab yang sukar, dan kekal di dalam api neraka)).[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Abu Nu'aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.