Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِيَّاكُمْ وَالزِّنَا فَإِنَّ فِيهِ سِتَّ خِصَالِ : ثَلاَثًا فِي الدُّنْيَا , وَثَلَاثًا فِي الْآخِرَةِ ، فَأمَّا اللَّوَاتِي فِي الدُّنْيَا فَإِنَّهُ يَذْهَبُ بِالْبَهَاءِ ، وَيُورِثُ الفقْرَ ، ويُنْقِصُ الرِّزْقَ ، وَأَمَّا اللَّوَاتِي فِي الْآخِرَةِ : فَإِنَّهُ يُورِثُ سَخَطَ الرَّبِ ، وَسُوءَ الْحِسَابِ ، وَالْخُلُودَ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah zina kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan-keburukan di dunia adalah, hilangnya seri, mewariskan kefakiran dan mengurangkan rezeki. Keburukan-keburukan di akhirat pula adalah ia mewariskan kemurkaan Tuhan, hisab yang sukar, dan kekal di dalam api neraka
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis no. 3901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Huzaifah RA secara marfu’: ((Jauhilah zina kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan-keburukan di dunia adalah, hilangnya seri, mewariskan kefakiran dan mengurangkan rezeki. Keburukan-keburukan di akhirat pula adalah ia mewariskan kemurkaan Tuhan, hisab yang sukar, dan kekal di dalam api neraka)).[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Abu Nu'aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 141]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman