Jauhilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والخيانة. فإئها بئست البطانة وإياكم والظلم فإنه ظلمات يوم القيامة وإياكم والشح فإنما أهلك من كان قبلكم الشح حتى سفكوا دماءهم وقطعوا أرحامهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping. Jauhilah sifat zalim kerana ia merupakan kegelapan pada hari kiamat dan jauhilah sifat kedekut kerana sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah sikap kedekut sehingga mereka sanggup menumpahkan darah dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1112, hadis nombor 5625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الهرماس بن زياد قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب على ناقته، فقال: إياكم والخيانة. فإئها بئست البطانة وإياكم والظلم فإنه ظلمات يوم القيامة وإياكم والشح فإنما أهلك من كان قبلكم الشح حتى سفكوا دماءهم وقطعوا أرحامهم. [طب، الضعيفة (6653)].

(Lemah) Daripada al-Hirmas bin Ziyad, beliau menceritakan : Aku pernah melihat Rasulullah SAW bersabda dari atas untanya: Jahuilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping. Jauhilah sifat zalim kerana ia merupakan kegelapan pada hari kiamat dan jauhilah sifat kedekut kerana sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah sikap kedekut sehingga mereka sanggup menumpahkan darah dan memutuskan hubungan kekeluargaan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6653]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs