Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِيّاكُمْ وَالْخِيَانَةُ، فَإِنَّهَا بِئْسَتْ الْبَطَانَةُ، وَإِيَّاكُمْ وَالظُّلْمُ، فَإِنَّهُ ظُلُمَاتُ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحُّ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الشُّحُّ، حَتَّى سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ، وَقَطَعُوا أَرْحَامَهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping. Jauhilah sifat zalim kerana ia merupakan kegelapan pada hari kiamat dan jauhilah sifat kedekut kerana sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah sikap kedekut sehingga mereka sanggup menumpahkan darah dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
Sahabat Perawi
- al-Hirmas bin Ziyad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1112, hadis no. 5625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada al-Hirmas bin Ziyad, beliau menceritakan : Aku pernah melihat Rasulullah SAW bersabda dari atas untanya: Jahuilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping. Jauhilah sifat zalim kerana ia merupakan kegelapan pada hari kiamat dan jauhilah sifat kedekut kerana sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah sikap kedekut sehingga mereka sanggup menumpahkan darah dan memutuskan hubungan kekeluargaan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6653]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman