Jauhilah para pekerja pembuatan kamu daripada masjid

TEKS BAHASA ARAB

جنبوا صناعكم عن مساجدكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah para pekerja pembuatan kamu daripada masjid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis nombor 1233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: صليت العصر مع عثمان بن عفان أمير المؤمنين، فرأى خياطا في ناحية المسجد؛ فأمر بإخراجه، فقيل له: يا أمير المؤمنين! إنه يكنس المسجد، ويغلق الأبواب، ويرشه أحيانا، قال عثمان: إني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((جنبوا صناعكم عن مساجدكم)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (6098)]

(Palsu)
Daripada Ali bin Abi Thalib RA beliau berkata: Aku menunaikan solat Asar bersama dengan Amir al-Mu’minin ‘Uthman bin ‘Affan. Kemudian beliau melihat seorang penjahit berada di penjuru masjid. Lalu beliau mengarahkan supaya dia dikeluarkan daripada masjid. Dikatakan kepadanya: Wahai Amir al-Mu’minin, sesungguhnya lelaki ini membersihkan masjid, menutup pintu masjid, dan kadangkala mencucinya. Maka ‘Uthman berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah para pekerja pembuatan kamu daripada masjid.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.