Jauhilah pakaian paderi-paderi, kerana sesungguhnya sesiapa yang menjadi paderi atau menyerupai (mereka) maka dia bukanlah daripada kalanganku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إياكم ولباس الرهبان؛ فإنه من ترهب أو تشبه فليس مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah pakaian paderi-paderi, kerana sesungguhnya sesiapa yang menjadi paderi atau menyerupai (mereka) maka dia bukanlah daripada kalanganku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis nombor 8189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي كريمة قال: سمعتُ علي بن أبي طالب – رضي الله عنه- وهو يخطب على منبر الكوفة – وهو يقول: يا أيها الناس! إني سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهو يقول:((إياكم ولباس الرهبان؛ فإنه من ترهب أو تشبه فليس مني)). [طس، ((الضعيفة)) (3234)].

(Lemah)
Daripada Abu Karimah, beliau berkata bahawa aku mendengar Ali bin Abu Talib sedang berkhutbah di atas mimbar di Kufah dan beliau berkata: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Jauhilah pakaian paderi-paderi, kerana sesungguhnya sesiapa yang menjadi paderi atau menyerupai (mereka) maka dia bukanlah daripada kalanganku.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3234].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.