Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah maksiat, sesungguhnya itu adalah hijrah yang paling utama

Teks Bahasa Arab

اهجري المعاصي؛ فإنها أفضلُ الهجرةِ، وحافظي على الفرائضِ؛ فإنها أفضلُ الجهادِ، وأكثري من ذكرِ اللهِ؛ فإنَّك لا تأتي الله بشيءٍ أحبَّ إليه من كَثْرَةِ ذِكرِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah maksiat, sesungguhnya itu adalah hijrah yang paling utama, jagalah semua ibadat wajib, sesungguhnya itu adalah sebaik-baik jihad. Perbanyakkanlah mengingati Allah, sesungguhnya kamu tidak mendatangkan Allah dengan sesuatu yang lebih disukai-Nya berbanding memperbanyakkan mengingati-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1528, hadis no. 7767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم أنس - رضي الله عنها -، قالت: يا رسول الله أوصني. قال: اهجري المعاصي؛ فإنها أفضل الهجرة، وحافظي على الفرائض؛ فإنها أفضل الجهاد، وأكثري من ذكر الله؛ فإنك لا تأتي الله بشيء أحب إليه من كثرة ذكره. [طب، ((الضعيفة)) (5537)].

(Lemah) Daripada Ummu Anas RA berkata: Wahai Rasulullah wasiatkan kepadaku. Baginda bersabda: Jauhilah maksiat, sesungguhnya itu adalah hijrah yang paling utama, jagalah semua ibadat wajib, sesungguhnya itu adalah sebaik-baik jihad. Perbanyakkanlah mengingati Allah, sesungguhnya kamu tidak mendatangkan Allah dengan sesuatu yang lebih disukai-Nya berbanding memperbanyakkan mengingati-Nya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5537]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.