TEKS BAHASA ARAB
إليك إليك؛ فإن كل بائلة تفيخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jauhilah, jauhilah kerana setiap orang yang kencing mengeluarkan angin.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1219, hadis nombor 6211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وهو يبول، فقال: إليك إليك؛ فإن كل بائلة تفيخ.
[عد، ((الضعيفة)) (6268)].
(Sangat lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Aku pernah mendatangi Nabi SAW sewaktu baginda sedang kencing, lalu baginda bersabda: Jauhilah, jauhilah kerana setiap orang yang kencing mengeluarkan angin.
[Riwayat Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6268].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.