Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah kamu sikap takabur

Teks Bahasa Arab

إياكم والكِبْرَ، فإنَّ الكِبْرَ يكونُ في الرجلِ وإنَّ عليهِ العباءةَ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah kamu sikap takabur. Sesungguhnya sikap takabur itu jika ada pada diri seseorang walaupun padanya ada sehelai pakaian (miskin).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 97, hadis no. 499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إياكم والكبر؛ فإن الكبر يكون في الرجل وإن عليه العباءة. [طس، ((الضعيفة)) (5263)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jauhilah kamu sikap takabur. Sesungguhnya sikap takabur itu jika ada pada diri seseorang walaupun padanya ada sehelai pakaian (miskin).’’ [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam Al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5263]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.