Jauhilah kamu sahabat yang jahat

TEKS BAHASA ARAB

إياك وقرين السوء فإنك به تعرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu sahabat yang jahat, kerana sesungguhnya kamu akan dikenali dengannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: إياك وقرين السوء فإنك به تعرف.
[سليم بن أيوب الفقيه في جزئه ((عوالي مالك))، ((الضعيفة)) (847)]

(Palsu)
Daripada Anas – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Jauhilah kamu sahabat yang jahat, kerana sesungguhnya kamu akan dikenali dengannya.
[Riwayat Salim bin Ayyub al-Faqih dalam sebahagian juzuk ‘Awali Malik. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 847]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs