Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah kamu sahabat yang jahat

Teks Bahasa Arab

إياكَ وقَرِينَ السُّوءِ فإنك به تُعْرَفُ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah kamu sahabat yang jahat, kerana sesungguhnya kamu akan dikenali dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: إياك وقرين السوء فإنك به تعرف. [سليم بن أيوب الفقيه في جزئه ((عوالي مالك))، ((الضعيفة)) (847)]

(Palsu) Daripada Anas - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Jauhilah kamu sahabat yang jahat, kerana sesungguhnya kamu akan dikenali dengannya. [Riwayat Salim bin Ayyub al-Faqih dalam sebahagian juzuk ‘Awali Malik. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 847]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.