Jauhilah kamu perkara yang menyakitkan telinga

TEKS BAHASA ARAB

إياك وما يسوء الأذن. ثلاث مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu perkara yang menyakitkan telinga. Sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 35, hadis nombor 128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن العاص بن عمرو الطفاوي عن عمته: أنها دخلت في أناس من قومها على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقالت: يا رسول الله، حدثني حديثا ينفعني الله عز وجل به، قال: (( إياك وما يسوء الأذن. ثلاث مرات)).
[ابن سعد، ابن أبي عاصم في ((الآحاد))، أبو نعيم في ((المعرفة))، ابن بشران، ((الضعيفة)) (2475)]

(Lemah) Daripada al-‘Āṣ ibn ‘Amr al-Ṭafawī, daripada ibu saudaranya RA bahawa beliau masuk dalam kalangan orang ramai daripada kaumnya kepada Rasulullah SAW lalu beliau telah berkata: “Wahai Rasulullah, ceritakanlah kepadaku suatu hadis yang Allah Azza Wa Jalla memberi manfaat kepadaku dengannya.” Baginda SAW telah bersabda: “Jauhilah kamu perkara yang menyakitkan telinga.” Sebanyak tiga kali.
[Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt, Ibn Abū ‘Āṣim dalam al-Āḥād, Abū Nu‘aym dalam al-Ma‘rifah, Ibn Bishrān dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2475]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.