Jauhilah kamu perbuatan khianat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إياكم والخيانة؛ فإنها بئست البطانة، وإياكم والظلم؛ فإنه ظلمات يوم القيامة، وإياكم والشح؛ فإنما أهلك من كان قبلكم الشح، حتى سفكوا دماءهم وقطعوا أرحامهم .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu perbuatan khianat, sesungguhnya ia seburuk-buruk penasihat. Berhati-hatilah kamu dengan kezaliman, kerana sesungguhnya ia adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kamu sifat kedekut, sesungguhnya ia telah membinasakan generasi sebelum kamu sehingga mereka menumpahkan darah mereka serta memutuskan silaturrahim sesama mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157 hadis nombor 780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الهرماس بن زياد، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب على ناقته: إياكم والخيانة؛ فإنها بئست البطانة، وإياكم والظلم؛ فإنه ظلمات يوم القيامة، وإياكم والشح؛ فإنما أهلك من كان قبلكم الشح، حتى سفكوا دماءهم وقطعوا أرحامهم.
[طب، طس، ((الضعيفة)) (6653)]

(Lemah)
Daripada al-Hirmas bin Ziyad beliau berkata Aku melihat Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas unta baginda lalu bersabda: Jauhilah kamu perbuatan khianat, sesungguhnya ia seburuk-buruk penasihat. Berhati-hatilah kamu dengan kezaliman, kerana sesungguhnya ia adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kamu sifat kedekut, sesungguhnya ia telah membinasakan generasi sebelum kamu sehingga mereka menumpahkan darah mereka serta memutuskan silaturrahim sesama mereka.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan juga dalam Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6653]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.