Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكم والخيانةَ فإنَّها بئسَتِ البطانةُ ، وإيَّاكم والظُّلمَ فإنَّهُ ظلُماتٌ يومَ القيامةِ ، وإيَّاكُم والشُّحَّ فإنَّما أَهْلَكَ من كانَ قبلَكُمُ الشُّحُّ حتَّى سفَكوا دماءَهُم وقطَعوا أرحامَهُم.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu perbuatan khianat, sesungguhnya ia seburuk-buruk penasihat. Berhati-hatilah kamu dengan kezaliman, kerana sesungguhnya ia adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kamu sifat kedekut, sesungguhnya ia telah membinasakan generasi sebelum kamu sehingga mereka menumpahkan darah mereka serta memutuskan silaturahim sesama mereka.
Sahabat Perawi
- al-Hirmas bin Ziyad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157, hadis no. 780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الهرماس بن زياد، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب على ناقته: ((إيَّاكم والخيانةَ فإنَّها بئسَتِ البطانةُ ، وإيَّاكم والظُّلمَ فإنَّهُ ظلُماتٌ يومَ القيامةِ ، وإيَّاكُم والشُّحَّ فإنَّما أَهْلَكَ من كانَ قبلَكُمُ الشُّحُّ حتَّى سفَكوا دماءَهُم وقطَعوا أرحامَهُم)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (6653)]
(Daif) Daripada al-Hirmas bin Ziyad beliau berkata Aku melihat Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas unta baginda lalu berkata : “Jauhilah kamu perbuatan khianat, sesungguhnya ia seburuk-buruk penasihat. Berhati-hatilah kamu dengan kezaliman, kerana sesungguhnya ia adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kamu sifat kedekut, sesungguhnya ia telah membinasakan generasi sebelum kamu sehingga mereka menumpahkan darah mereka serta memutuskan silaturahim sesama mereka”. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan juga dalam Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6653]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman