Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكُم والكِبرَ؛ فإنّ الكِبْرَ يكونُ في الرَّجُلِ وإنَّ عليه العباءةَ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu daripada sifat takabur (sombong)! Kerana takabur itu jika ada pada diri seseorang, ke atasnya bebanan yang berat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis no. 8239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إياكم والكبر؛ فإن الكبر يكون في الرجل وإن عليه العباءة)). [طس، ((الضعيفة)) (5263)].
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jauhilah kamu daripada sifat takabur (sombong)! Kerana takabur itu jika ada pada diri seseorang, ke atasnya bebanan yang berat.)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5263].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman