Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكم واستماع المعازفِ والغناءِ، فإنهما يُنْبتان النِّفاق في القلب كما يُنبتُ الماءُ البقلَ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu daripada mendengar muzik (dari peralatan bertali) dan lagu kerana keduanya menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan tumbuhan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1617, hadis no. 8155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه- مرفوعا: ((إياكم واستماع المعازف والغناء، فإنهما ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء البقل)). [أبو الحسين الحلبي في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (2474)].
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jauhilah kamu daripada mendengar muzik (dari peralatan bertali) dan lagu kerana keduanya menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan tumbuhan.)) [Riwayat Abu al-Husain al-Halabi dalam al-Fawa’id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2474].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman