Jauhilah kamu daripada bersajak wahai Ibn Rawahah

TEKS BAHASA ARAB

إياك والسجع يا ابن رواحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu daripada bersajak wahai Ibn Rawahah.

STATUS

Tidak Dijumpai

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 71, hadis nombor 73. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا في الإحياء. قال العراقي: لم أجده هكذا وفي كتاب الرياضة لابن السني، وأبي نعيم في الحلية، من حديث عائشة بإسناد صحيح أنها قالت للسائب: إياك والسجع، فإن النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه كانوا لا يسجعون. ولابن حيان: اجتنب السجع، وفي البخاري نحوه من قول ابن عباس.

Begini dalam al-Ihya’. Al-Iraqi berkata: Aku tidak menjumpainya seperti ini. Dalam kitab al-Riadah oleh Ibn al-Sunni dan kitab al-Hilyah oleh Abu Nu’aim, daripada hadis Aisyah dengan sanad yang sahih bahawa beliau berkata kepada al-Saib: “Jauhilah kamu daripada bersajak kerana sesungguhnya Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya tidak bersajak.” Dalam kitab Ibn Hayyan disebutkan: “Jauhilah sajak.” Dalam Bukhari juga begitu daripada kata-kata Ibn Abbas.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs