Daif

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah kamu daripada berbohong. Maka sesungguhnya berbohong itu suatu perbuatan yang jauh daripada keimanan

Teks Bahasa Arab

إيَّاكُم والكَذِبَ ، فإنَّ الكَذِبَ مُجانبٌ لِلإيمانِ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah kamu daripada berbohong. Maka sesungguhnya berbohong itu suatu perbuatan yang jauh daripada keimanan

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 35, hadis no. 129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر الصديق - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إياكم والكذب، فإن الكذب مجانب للإيمان)). [فر، ((الضعيفة)) (2393)]

(Daif) Daripada Abū Bakr al-Ṣiddīq RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kamu daripada berbohong. Maka sesungguhnya berbohong itu suatu perbuatan yang jauh daripada keimanan.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2393]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.