Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah kamu dari sikap takabbur

Teks Bahasa Arab

اجتَنِبُوا الكِبْرَ، فإن العبدَ لا يَزالُ يَتَكَبَّرُ حتى يقولَ اللهُ: اكتُبُوا عَبْدِي هذا من الجَبَّارِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah kamu dari sikap takabbur. Sesungguhnya seorang hamba itu sentiasalah bersikap takabbur sehingga Allah berkata: Tulislah untuk hamba-Ku ini agar dia tergolong dalam kalangan golongan yang keras.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis no. 101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((اجتنبوا الكبر، فإن العبد لا يزال يتكبر حتى يقول الله: اكتبوا عبدي هذا من الجبارين)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (2101)].

(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ): Jauhilah kamu dari sikap takabbur. Sesungguhnya seorang hamba itu sentiasalah bersikap takabbur sehingga Allah berkata: Tulislah untuk hamba-Ku ini agar dia tergolong dalam kalangan golongan yang keras”. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2101].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.