Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِيَّاكُمْ وَقَاتلُ الثَلَاثَةِ؛ فَإِنَّهُ مِنْ شَرَارِ خَلْقِ اللهِ. قِيلَ: وَمَنْ قَاتلُ الثَلَاثَة؟ قَالَ: رَجُلٌ سَلَّمَ أَخَاهُ إِلَى سُلْطَانَهُ، فَقَتَلَ نَفْسَهُ، وَقَتَلَ أَخَاهُ، وَقَتَلَ سُلْطَانَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu dari pembunuh tiga orang, sesungguhnya dia adalah daripada seburuk-buruk makhluk Allah. Ditanyakan kepada baginda: Siapakah yang membunuh tiga orang? Baginda menjawab: Seorang lelaki yang menyerahkan saudaranya kepada pemerintahnya. Maka dia telah membunuh dirinya, membunuh saudaranya, serta membunuh pemerintahnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis no. 1231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إياكم وقاتل الثلاثة؛ فإنه من شرار خلق الله. قيل: ومن قاتل الثلاثة؟ قال: رجل سلم أخاه إلى سلطانه، فقتل نفسه، وقتل أخاه، وقتل سلطانه)). [فر، ((الضعيفة)) (6295)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kamu dari pembunuh tiga orang, sesungguhnya dia adalah daripada seburuk-buruk makhluk Allah. Ditanyakan kepada baginda: Siapakah yang membunuh tiga orang? Baginda menjawab: Seorang lelaki yang menyerahkan saudaranya kepada pemerintahnya. Maka dia telah membunuh dirinya, membunuh saudaranya, serta membunuh pemerintahnya. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6295]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman