Jauhilah kamu dari bersendirian (khalwat) dengan wanita

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والخلوة بالنساء والذي نفسي بيده ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينها ولأن يزحم رجل خنزيراً متلطخاً بطين أو حماة خير من أن يرحم منكبه منكب امرأة لا تحل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu dari bersendirian (khalwat) dengan wanita. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak bersendirian seorang lelaki dan wanita melainkan akan syaitan akan masuk di antara keduanya dan sekiranya seorang lelaki itu bersesak dengan seekor babi yang bersalut dengan tanah atau lumpur yang busuk lebih baik daripada bertembung kedua bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 132, hadis nombor 660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه عن رسول الله ﷺ قال: إياكم والخلوة بالنساء والذي نفسي بيده ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينها ولأن يزحم رجل خنزيراً متلطخاً بطين أو حماة خير من أن يرحم منكبه منكب امرأة لا تحل له. [طب, الضعيفة (6056)].

(Sangat Munkar) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Jauhilah kamu dari bersendirian (khalwat) dengan wanita. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak bersendirian seorang lelaki dan wanita melainkan akan syaitan akan masuk di antara keduanya dan sekiranya seorang lelaki itu bersesak dengan seekor babi yang bersalut dengan tanah atau lumpur yang busuk lebih baik daripada bertembung kedua bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6056)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs