Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِيَّاكُمْ وَالْخَلْوَةَ بِالنِّسَاءِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا خَلا رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ إِلا دَخَلَ الشَّيْطَانُ بَيْنَهُمَا لأَنْ يَزْحَمَ رَجُلٌ خِنْزِيراً مُتَلَطِّخاً بِطِينٍ أَوْ حَمْأَةٍ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَزْحَمَ مَنْكِبِهِ مَنْكِبَ امْرَأَةٍ لا تَحِلُّ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu dari bersendirian (khalwat) dengan wanita. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak bersendirian seorang lelaki dan wanita melainkan akan syaitan akan masuk di antara keduanya dan sekiranya seorang lelaki itu bersesak dengan seekor babi yang bersalut dengan tanah atau lumpur yang busuk lebih baik daripada bertembung kedua bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 132, hadis no. 660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه عن رسول الله ﷺ قال: إياكم والخلوة بالنساء والذي نفسي بيده ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينها ولأن يزحم رجل خنزيراً متلطخاً بطين أو حماة خير من أن يرحم منكبه منكب امرأة لا تحل له. [طب, الضعيفة (6056)].
(Sangat Munkar) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Jauhilah kamu dari bersendirian (khalwat) dengan wanita. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak bersendirian seorang lelaki dan wanita melainkan akan syaitan akan masuk di antara keduanya dan sekiranya seorang lelaki itu bersesak dengan seekor babi yang bersalut dengan tanah atau lumpur yang busuk lebih baik daripada bertembung kedua bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6056)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman