Jauhilah kamu dari berkhalwat dengan wanita, demi jiwaku yang berada di tangan-Nya!

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والخلوة بالنساء؛ والذي نفسي بيده! ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينهما، لأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة؛ خير من أن يزحم منكبه منكب امرأة لا تحل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu dari berkhalwat dengan wanita, demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita kecuali syaitan akan berada di antara mereka berdua, seorang lelaki yang memeluk seekor babi yang berlumuran tanah lebih baik dari dia memeluk bahu wanita yang tidak halal baginya.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis nombor 4202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إياكم والخلوة بالنساء؛ والذي نفسي بيده! ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينهما، لأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة؛ خير من أن يزحم منكبه منكب امرأة لا تحل له)).
[طب، ((الضعيفة)) (6056)]

(Sangat munkar) Daripada Abi Umamah RA daripada Rasulullah SAW berkata: Jauhilah kamu dari berkhalwat dengan wanita, demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita kecuali syaitan akan berada di antara mereka berdua, seorang lelaki yang memeluk seekor babi yang berlumuran tanah lebih baik dari dia memeluk bahu wanita yang tidak halal baginya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6056]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs