Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِيَّاكُمْ وَالْخَلْوَةَ بِالنِّسَاءِ؛ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! مَا خَلا رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ إِلا دَخَلَ الشَّيْطَانُ بَيْنَهُمَا، لأَنْ يَزْحَمَ رَجُلٌ خِنْزِيراً مُتَلَطِّخاً بِطِينٍ أَوْ حَمْأَةٍ؛ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَزْحَمَ مَنْكِبِهِ مَنْكِبَ امْرَأَةٍ لا تَحِلُّ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu dari berkhalwat dengan wanita, demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita kecuali syaitan akan berada di antara mereka berdua, seorang lelaki yang memeluk seekor babi yang berlumuran tanah lebih baik dari dia memeluk bahu wanita yang tidak halal baginya.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis no. 4202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إياكم والخلوة بالنساء؛ والذي نفسي بيده! ما خلا رجل وامرأة إلا دخل الشيطان بينهما، لأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة؛ خير من أن يزحم منكبه منكب امرأة لا تحل له)). [طب، ((الضعيفة)) (6056)]
(Sangat munkar) Daripada Abi Umamah RA daripada Rasulullah SAW berkata: Jauhilah kamu dari berkhalwat dengan wanita, demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Tidak ada seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita kecuali syaitan akan berada di antara mereka berdua, seorang lelaki yang memeluk seekor babi yang berlumuran tanah lebih baik dari dia memeluk bahu wanita yang tidak halal baginya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6056]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman