TEKS BAHASA ARAB
إياكم والدين، فإنه هم بالليل، ومذلة بالنهار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jauhilah kamu dari berhutang, ia akan membuat kamu resah pada waktu malam dan (mengakibatkan) kehinaan pada siang hari.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 602, hadis nombor 3118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إياكم والدين، فإنه هم بالليل، ومذلة بالنهار)). [الحربي في ((الثاني من الفوائد))، ((الضعيفة)) (2265)].
(Sangat lemah)
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jauhilah kamu dari berhutang, ia akan membuat kamu resah pada waktu malam dan (mengakibatkan) kehinaan pada siang hari.))
[Riwayat al-Harbi dalam al-Thani min al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2265].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.