Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إياكم والدَّيْنَ، فإنه هَمٌّ بالليلِ، ومَذَلَّةٌ بالنهارِ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu dari berhutang, ia akan membuat kamu resah pada waktu malam dan (mengakibatkan) kehinaan pada siang hari.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 602, hadis no. 3118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إياكم والدين، فإنه هم بالليل، ومذلة بالنهار)). [الحربي في ((الثاني من الفوائد))، ((الضعيفة)) (2265)].
(Sangat lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jauhilah kamu dari berhutang, ia akan membuat kamu resah pada waktu malam dan (mengakibatkan) kehinaan pada siang hari.)) [Riwayat al-Harbi dalam al-Thani min al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2265].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman