Jauhilah kamu bermusuhan dengan manusia, kerana sesungguhnya ia akan menguburkan kebaikan dan menzahirkan keburukan

TEKS BAHASA ARAB

إياكم ومشارة الناس، فإنها تدفن الغرة، وتظهر العرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu bermusuhan dengan manusia, kerana sesungguhnya ia akan menguburkan kebaikan dan menzahirkan keburukan

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 35, hadis nombor 130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إياكم ومشارة الناس، فإنها تدفن الغرة، وتظهر العرة )).
[تمام، هب، القضاعي، ((الضعيفة)) (2477)]

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kamu bermusuhan dengan manusia, kerana sesungguhnya ia akan menguburkan kebaikan dan menzahirkan keburukan.
[Riwayat Tammām dalam al-Fawā’id, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Quḍā‘ī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2477]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs