Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكُم ومشارَّةَ النَّاسِ ، فإنها تدفِنُ الغُرَّةَ ، وتظْهرُ العرَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu bermusuhan dengan manusia, kerana sesungguhnya ia akan menguburkan kebaikan dan menzahirkan keburukan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 35, hadis no. 130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إياكم ومشارة الناس، فإنها تدفن الغرة، وتظهر العرة )). [تمام، هب، القضاعي، ((الضعيفة)) (2477)]
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kamu bermusuhan dengan manusia, kerana sesungguhnya ia akan menguburkan kebaikan dan menzahirkan keburukan. [Riwayat Tamām dalam al-Fawā’id, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Quḍā‘ī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2477]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman